Semasa

Penunggang basikal turun bukit dilnggr kereta, ntizen berdbat persoal siapa yg salah. Akhirnya ini yg jadi

Hobi berbasikal ketika ini sememangnya kembali menjadi trend. Ramai yang berlumba-lumba untuk memulakan hobi berbasikal secara profesional dengan harga basikal untuk kayuhan di lebuh raya mencecah ribuan ringgit.

Namun perlu diingat, jalan raya di negara kita bukan hanya basikal sahaja yang melaluinya. Kenderaan-kenderaan seperti kereta, lori dan juga bas turut sama ‘bersaing’ untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Basikal ‘hentam’ kereta ketika turun bukit

Jadi, jika penunggang basikal mahu melepaskan ‘gian’ mengayuh, keselamatan diri perlu menjadi keutamaan dan harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya kenderaan yang lebih besar.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Hal ini dibimbangkan akan terjadi insiden seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fareez Aiman yang memuat naik video di laman Facebook Dashcam Owner Malaysia.

Jadi, sekarang siapa yang salah?

Dalam video itu, penunggang basikal dilihat meluncur laju menuruni bukit dan secara tiba-tiba sebuah kereta merempuhnya sehingga berlaku kemalangan.

Tindakan tersebut mendatangkan perdebatan netizen di ruangan komen Facebook dan juga Twitter apabila ada akaun yang memuat naiknya kembali di media sosial tersebut.

Salah basikal sebab bawa laju, salah kereta sebab tak alert

Ada diantara mereka merasakan penunggang basikal berkenaan yang salah kerana meningkatkan kelajuan ketika dipersimpangan dan ada juga yang menyalahkan kereta tersebut berikutan membelok ketika ada kenderaan lain yang hendak melalui jalan tersebut.

Namun begitu, rata-rata netizen mempertahankan penunggang basikal itu kerana bukan senang untuk mengawal kelajuan basikal ataupun kenderaan lain andai menuruni bukit seperti ditunjukkan menerusi video yang viral itu.

Setakat ini, ramai yang mengeluarkan ‘hujah’ masing-masing dengan bersetuju insiden tersebut merupakan salah kereta berkenaan.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Tak hanya itu, netizen juga sempat menitipkan pesanan supaya semua penunggang basikal harus  terus berhati-hati di jalan raya kerana bimbang akan ada lagi kemalangan yang berlaku melibatkan geng-geng mereka.

Sumber: Facebook Fareez Aiman, Twitter @fadmanf

Leave a Reply

Your email address will not be published.