Foto: Kapan.Lagi
Pelakon Indonesia Galih Ginanjar, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi panas susulan didakwa menyamakan bahagian sulit bekas isterinya Fairuz A. Rafiq dengan bau ikan masin. Susulan daripada kejadian itu, Fairuz A. Rafiq menjelaskan dirinya masih trauma dan takut untuk meneruskan karier dalam industri seni.
LIHAT KOMEN NETIZEN DI BAWAH SEKALI
Foto: Fairuz A.Rafiq
Terbaru menerusi laporan yang dipetik daripada Kapan.Lagi, aktor ini mengaku dia rindu akan anaknya King Faaz Arafiq, dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Walaupun, sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sehingga mengalirkan air mata namun, aktor ini masih menerima komen-komen negatif daripada netizen.
Foto: Kapan.Lagi
Pada masa yang sama, Galih Ginanjar menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai nombor telefon bekas isterinya dan masih belum dapat berhubung dengan anaknya. Selain rasa menyesal, dia turut menyimpan rasa rindu yang mendalam terhadap anak lelakinya yang semakin membesar.
ANTARA KOMEN NETIZEN:
Sebab sebut nama Faaz saya jadi sedih kerana saya belum boleh jadi ayah yang baik buat dia… lagi pula saya belum boleh jumpa dia kerana sejujurnya saya malu. Kesilapan dulu membuatkan saya malu untuk bertemu anak dan takut adakah dia mahu bertemu saya.
Sumber: Kapan.Lagi