Semasa

Pernah ucap ‘goodbye’, Lana Nodin dah balik Malaysia? Siap buka kedai bakeri

Pelakon Lana Nodin berkongsi berita gembira memaklumkan dia bakal membuka kedai berasaskan bahan bakeri miliknya Lana’s Bakery Land yang bakal dilancarkan dalam bulan ini.

Menurut pemilik nama Mazlina Hasan Nodin itu, Lana’s Bakery Land juga menjual produk bakeri siap dimasak termasuk air tangannya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

“Dengan rendah diri, @lanabakeryland coming soon, very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kita akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di Malaysia yang terbesar area Kota Damansara.

“Bukan saja bahan bakeri malah kita ada ready make roti roti dan pastry untuk mereka yang nak rasa produk dari air tangan Lana,” katanya menerusi sebuah posting di laman Instagram.

Justeru timbul persoalan, adakah pelakon berusia 42 tahun itu sudah pulang ke tanah air selepas beberapa bulan ‘berhijrah’ ke negara suaminya David McKienzie di Amerika Syarikat.

Adios, selamat tinggal

Meninjau ke ruangan komen, Lana ada menjawab persoalan rakan artis Rita Rudaini sama belum divaksin dibenarkan atau tidak untuk masuk ke dalam premis Lana’s Bakery Land.

Lana berkata, premis miliknya tidak akan mengamalkan diskriminasi dimana individu tidak divaksin atau belum mengambil dos penggalak juga dijemput untuk membeli-belah di sana.

“Tak vaksin macam kami boleh masuk ke?” – Rita

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Terdahulu, Lana memaklumkan dia bukan antivaksin sebaliknya prosafe iaitu mengambil langkah berjaga-jaga dan menunggu tempoh tertentu sehingga vaksin selamat untuk digunakan.

Sumber: Instagram Lana Nodin

Leave a Reply

Your email address will not be published.