Semasa

Petugas TNB cedera diterkam anjing pemilik premis ketika baca meter elektrik

Sudah beberapa kali kita mendengar berita berkenaan pekerja kurier, pembaca meter air dan elektrik menjadi mangsa anjing peliharaan penduduk di kawasan perumahan ataupun premis.

Terbaru, menerusi perkongsian yang tular di media sosial, seorang lelaki yang juga pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengalami kecederaan selepas seekor anjing pemilik premis menyerangnya semasa menjalankan tugas.

Menerusi laman Facebook Otai JOHOR, pihak TNB mengesahkan hal tersebut dan memaklumkan yang kejadian berkenaan  dilaporkan berlaku di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria, Johor Bahru.

Dalam perkongsian di laman Facebook tersebut, pembaca meter TNB itu dimaklumkan telah meminta bantuan kepada rakan-rakan di kumpulan WhatsApp sambil menyertakan gambar dirinya digigit anjing.

Menurut ceritanya, mangsa telah diterkam oleh anjing tersebut selepas cucu pemilik anjing itu membuka pintu pagar kecil. Mangsa dan anak kepada pemilik anjing bergelut untuk beberapa minit sebelum haiwan itu melepaskan gigitan.

Petugas TNB cedera diterkam anjing pemilik premis ketika baca meter elektrik

Mangsa telah dibawa mendapatkan rawatan dan terdapat beberapa kawasan badan yang mengalami kecederaan yang agak serius.

Bagi memastikan kecederaannya, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk membuat xray dan menerima rawatan lanjut.

Dalam pada masa yang sama, pemaca meter itu juga dikatakan bakal membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpanya selepas menerima rawatan di HSI.

Sumber: FB Otai JOHOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.