Semasa

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia sering diganggu dengan puluhan akaun media sosial palsu yang meninggalkan komen seolah-olah mahu menyakitkan hatinya sejak tiga tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi beberapa InstaStory mengenai gangguan dalam rumah tangganya selain memetik nama anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kaza.

Antara akaun palsu you guna untuk kacau i

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

Penat nak block

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya dari 2019 lagi.

“Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan kepada Ira supaya berhenti mengganggu hidupnya apatah lagi berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Orang ketiga ganggu rumah tangga? Jumpa anda di mahkamah Ira

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ni, saya doakan korang berdua Ira dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah.

“Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” kata pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu.

Antara perkongsian lain

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

Apa kewujudan anda dalam rumah tangga kami?

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

Sementara itu, Puteri Sarah turut mempersoalkan tindakan yang didakwa tidak putus asa mengganggu suami orang walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Baru2 ni pun ada teman lelaki kan?

Puteri Sarah kesal diganggu Ira Kaza – “Masih kejar suami orang? Takde maruah..”

Mana pergi semua teman lelaki anda? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang?  

“Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang.

“Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” luahnya lagi.

Sekitar September 2020, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah filem terkenal itu didakwa sedang dilanda masalah selepas timbul dakwaan pelakon tersebut hadir ke sebuah pejabat agama.

Bagaimanapun, peminat dapat menarik nafas lega apabila Puteri Sarah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anak-anak ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.