PETALING JAYA – Tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di media sosial berkenaan seorang warga emas yang meninggal dunia dipercayai di sebuah masjid baru-baru ini.
Menerusi perkongsian oleh @Matttyoe10 di laman Twitter baru-baru ini, dia berkongsi tentang seorang warga emas dikenali sebagai ‘Pak Jo’ telah meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat subuh.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Berdasarkan sebuah video berdurasi 45 saat yang dikongsikan @Matttyoe10 di Twitter, dapat dilihat warga emas itu sedang duduk bersedia untuk menunaikan solat subuh sebelum terjatuh dan tidak menyedarkan diri.
“Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa beliau dan merahmatinya supaya dia digolongkan dengan orang-orang soleh dan dilapangkan di alam kuburnya dan ditukarkan keburukan,” jelas @Ashriqbasri.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:
Pergimu dicemburui 😢
Mohon sedekahkan Al-Fatihah utk jemaah masjid saya yang meninggal dunia disaat ingin menunaikan solat Subuh berjemaah pagi tadi. Arwah merupakan insan yg sangat uzur namun kehadian arwah ke masjid 5 waktu berjemaah sangat dihormati. Moga syurga buat Pak Jo pic.twitter.com/TQUxQwYJoJ
— Matt Yoe (@matttyoe10) November 17, 2021
“Kematian yang dicemburui, masya-Allah, innalillahi wa inna ilaihi raji’un, semoga syurga buat beliau yang paling sedih tengok dia sempat aminkan doa lepas iqamat,” ujar @Zeitarna. – K! ONLINE