Semasa

Ramai bengang dengan ‘abam uniform’, perlekeh lelaki yang cuci keretanya?

Tindakan seorang anggota beruniform didakwa seolah-olah memperlekehkan seorang lelaki yang sedang mencuci kereta Perodua Axia miliknya mengundang rasa bengang dalam kalangan warganet.

LIHAT KOMEN NETIZEN DI BAWAH SEKALI

Seorang pengguna laman Twitter @afis_alias berkongsi paparan skrin posting daripada anggota tersebut yang memuat naik satu foto keretanya di group Facebook My Axia Owners Club ( MAXOC ) (UNOFFICIAL)

“Kadang-kadang aku tak faham yang kerja kerajaan ni. Bahasa diaorang. Hmm. Sedih tengok pakai baju punya smart. Tapi otak tak berapa,” tulis @afis_alias sehingga diulang kicau hampir 2,000 kali.

“Banduan boleh basuh (kereta), buat apa basuh (kereta) sendiri” – ‘Abam uniform

Jika dilihat menerusi ruangan komen lain, rata-rata turut mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan anggota terbabit sebagai unit beruniform sekali gus didakwa memandang rendah terhadap orang lain.

Naikkan sikit syarat masuk badan beruniform

Namun, tiada penjelasan lanjut daripada anggota berkenaan berhubung dakwaan dilakukan oleh warga Twitter itu. Jadi, beringatlah sebelum kongsi sesuatu. Kalau terlambat, buruk padahnya!

Sumber: Twitter @afis_alias

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *