Semasa

Remy Ishak lupa ‘birthday’ isteri, bawa balik kek dari Meletop terus kena gelak

Program Meletop yang bersiaran pada jam 9.00 malam di Astro Ria setiap hari Selasa sentiasa memberikan info-info terbaru berkenaan hiburan Tanah Air.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Malam tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah hadir ke studio bagi sama-sama berkongsi maklumat berkaitan Hari Seniman Negara yang jatuh pada ulang tahun kelahiran seniman agung, Tan Sri P.Ramlee.

Remy Ishak hadir promosi drama

Selain daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, selebriti terkenal, Remy Ishak turut hadir untuk menghidupkan lagi program tersebut.

Kehadirannya bersama Amyra Rosli bagi mempromosikan drama terbaru nyata memeriahkan lagi studio apabila mereka diberikan sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Walau bagaimanapun, dia tetap mengucapkan terima kasih kepada program Meletop serta Nabil dan Sherry kerana sudi mengingati hari ulang tahun kelahirannya.

Instagram Ezza juga dihujani dengan ucapan ‘happy birthday’ dan mendoakan agar rezekinya dipermudahkan serta terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Remy Ishak lupa ‘birthday’ isteri, bawa balik kek dari Meletop terus kena gelak

Untuk makluman, Remy Ishak telah selamat bergeluar suami kepada usahawan berjaya itu pada 20 Ogos 2021 di Masjid Negara.

Pasangan tersebut sebenarnya pernah bertunang selama dua tahun namun ikatan berkenaan terputus buat seketika sebelum masing-masing kembali menjalinkan hubungan dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

Remy Ishak lupa ‘birthday’ isteri, bawa balik kek dari Meletop terus kena gelak

 

TONTON VIDEO DI BAWAH:

VIDEO 1

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

VIDEO 2

 

Sumber: Instagram ezzarl, YouTube Meletop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *