Semasa

“Rupanya Itu Bapa Saudara” – Gadis Pasrah Teman Lelaki Merupakan Bapa Saudara Jauh

Setiap kali tibanya Aidilfitri, amalan kunjung-mengunjung pasti akan dijadikan tradisi terutamanya bagi masyarakat Islam di Malaysia.

Dengan cara itu, ia sedikit sebanyak dapat membuatkan hubungan kekeluargaan bertambah erat dan saling mengenali terutamanya buat generasi baru.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terkejut ketika beraya

Anak-anak muda juga perlu patuh mengikuti amalan tersebut supaya tidak berlaku seperti yang dialami oleh pengguna TikTok dikenali sebagai  @ctnrhnm apabila terkejut melihat teman lelakinya adalah ahli keluarga yang berpangkat bapa saudara jauh ketika datang berkunjung sewaktu berhari raya.

Ada yang pernah alami sama

Susulan daripada itu, rata-rata netizen sepakat mengatakan betapa pentingnya saling mengenali antara ahli keluarga serta saudara mara supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Mereka juga sempat meminta gadis berkenaan bersabar dan move on sahaja daripada percintaan tersebut jika sudah tidak selesa.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama dan menceritakan kisah mereka berumah tangga dengan saudara mara sendiri.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: TikTok @ctnrhnm

Leave a Reply

Your email address will not be published.