Semasa

Sabar 3 Tahun Tunang, Isteri Ajal Di Pangkuan Suami Lepas 30 Minit Berkahwin

Membayangkan akan mempunyai anak dan hidup bersama sampai ke usia tua, begitulah gambaran yang ada di benak fikiran pasangan pengantin selepas bernikah.

Walau bagaimanapun jika takdir sudah tertulis, tiada sesiapa dapat menghalang perpisahan yang disebabkan oleh asbab ajal.

Seorang suami ini juga berdepan pengalaman yang cukup memberikan trauma apabila menyaksikan sendiri pemergian isteri tersayang depan mata.

Ketika kejadian tragis itu berlaku, pasangan mempelai berkenaan dikatakan pulang ke rumah mereka sekitar 25-30 minit selepas tamat acara perkahwinan.

Bahkan sebelum itu, pengantin perempuan bernama Nadia Taha sempat menelefon si ayah dan begitu bahagia berkongsikan perasaan gembira kerana selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki tercinta selepas 3 tahun mengikat pertunangan.

 

Sabar 3 Tahun Tunang, Isteri Ajal Di Pangkuan Suami Lepas 30 Minit Berkahwin 2

Sabar 3 Tahun Tunang, Isteri Ajal Di Pangkuan Suami Lepas 30 Minit Berkahwin 3

Melalui laporan @middleeastin lagi, keadaan bertukar panik kerana Nadia dipercayai mengalami heart attack lalu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami.

Si bapa bergegas datang ke apartmen berkenaan dan hatinya ibarat berkecai 1001 melihat anak tersayang terbaring kaku dalam persalinan pengantin yang belum ditukar.

Jelas rakannya, wanita terbabit tidak menunjukkan apa-apa petanda pelik dan nampak sihat sahaja.

 

Sabar 3 Tahun Tunang, Isteri Ajal Di Pangkuan Suami Lepas 30 Minit Berkahwin 4

Masih berusia 20 tahun, pemergian tragis itu terus ditangisi keluarga dan rakan terdekat.

Dedah si bapa lagi, Nadia merupakan seorang penuntut jurusan di institusi pendidikan keagamaan dan juga menghafal kitab suci Al-Quran.

Bahkan Allahyarhamah juga patuh terhadap suruhan Islam termasuklah sentiasa solat di awal waktu.

Sabar 3 Tahun Tunang, Isteri Ajal Di Pangkuan Suami Lepas 30 Minit Berkahwin 5
Gambar sekadar hiasan

Kredit : Portal middleeastin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *