Semasa

Sanggup kongsi akaun bank, wanita menangis duit simpanan ‘licin’ dikebas kekasih

Sewaktu bahagia menjalani hubungan cinta, ada segelintir individu sanggup menyerahkan segalanya kepada pasangan demi kasih sayang berterusan tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagi seorang wanita ini, kisah percintaan dilalui hanya indah khabar daripada rupa apabila mendakwa bekas teman lelaki bertindak ‘mencuri’ wang simpanan miliknya di dalam akaun bank.

Kisah malang wanita itu dikongsi seorang pengguna laman Twitter, @twtbiy yang menasihati golongan wanita lain supaya tidak berkongsi hal peribadi seperti akaun bank bersama pasangan terutama ketika bercinta.

Jangan sesekali kongsi akaun dengan teman lelaki atau wanita!

“Kakak dia cakap dia ambil duit tu sebab sebagai balasan aku tinggalkan dia. Barang-barang yang dia belikan sebelum ni, aku kena bayar balik. Dia cakap dia ada hak kat duit tu sebab dah habiskan banyak duit kat aku,” ujarnya.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan ‘kejam’ lelaki tersebut namun dalam masa sama, mereka bersimpati terhadap wanita itu yang kehilangan duit simpanan akibat terlalu meletakkan kepercayaan sebelum ini.

Sampai licin dia ambil

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

Sumber: Twitter @twtbiy

Leave a Reply

Your email address will not be published.