Semasa

“Saya tak akan biar ianya berlaku” -Respon Mnteri Agama isu babak ‘pan@s’ drama

Sejak semalam, video babak panas yang dilakonkan aktor terkenal, Zul Ariffin telah mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, adegan tersebut telah disamakan seperti dalam filem-filem dewasa luar negara.

Lebih mengejutkan adalah babak tersebut merupakan adegan dalam drama yang bakal ditayangkan di kaca televisyen untuk tontonan bulan Ramadan.

Pelbagai kecaman diterima oleh Zul Ariffin, pelakon wanita serta pengarah drama tersebut, Erma Fatima di media sosial terutamanya di twitter.

Hela nafas panjang Menteri Agama

Disebabkan video tersebut telah bertebaran meluas di alam maya, Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad telah mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya dengan mengakui terkejut dengan babak dalam drama tersebut.

Tak akan biarkan ia berlaku

Menurut Menteri Agama, beliau juga tidak sangka  apabila drama yang ditularkan itu bakal ditayangkan pada bulan mulia.

Jelasnya, pihak kementerian sama sekali tidak menghalang untuk industri hiburan berkarya namun jika ia melampaui batas dan boleh mencemarkan Islam, hal tersebut sama sekali tidak boleh dibiarkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idris Ahmad (@ustaz.idrisahmad)

Akan segera hubungi pihak terbabit

Beliau dengan tegas memaklumkan akan segera menghubungi  pihak yang terbabit untuk memberikan nasihat supaya perkara seperti yang berlaku itu dapat ditegah.

“Saya tak akan biar ianya berlaku” -Respon Mnteri Agama isu babak ‘pan@s’ drama

Dikesempatan itu, Datuk Ustaz Idris turut menitipkan pesanan kepada semua umat Islam berkaitan bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.

Beliau berharap agar  masyarakat Muslim mempersiapkan diri untuk  memeriahkan lagi bulan mulia dengan penuh pengharapan serta keinsafan disamping menjauhkan segala bentuk maksiat agar Ramadan kita semua tiada cacat celanya.

“Saya tak akan biar ianya berlaku” -Respon Mnteri Agama isu babak ‘pan@s’ drama

Terdahulu, video beberapa babak panas dalam drama Perempuan Itu yang bakal ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi mengundang kecaman ramai setelah pelakon utamanya, Zul Ariffin memuat naik adegan ‘dewasa’ di Instagram.

Namun begitu, pada awal pagi tadi, video tersebut sudah dipadam olehnya dan setakat ini pihak drama masih mengunci mulut dan lansung tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu hangat ini.

Sumber: FacebookInstagram Idris Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published.