Semasa

Selalu Tayang Hidup Mewah Di Instagram, “Influencer” Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket D4d4h

Seorang pempengaruh yang sering menayangkan kehidupan glamornya di Instagram dilaporkan telah ditahan bersama suaminya kerana disyaki terlibat dalam sindiket dadah berprofil tinggi.

Menurut Daily Star, wanita berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah apartmen di Bratislava, Slovakia pada Isnin.

Dia yang mempunyai seramai 787,000 pengikut di Instagram menggunakan media sosial itu untuk memaparkan gaya hidup percutian yang mewah, jet peribadi dan pakaian serta beg tangan berjenama.

ANTARA KOMEN KOMEN NETIZEN :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sementara itu, pihak polis mendedahkan bahawa jumlah rampasan yang membabitkan dadah jenis methamphetamine, senjata, peluru, rokok dan wang tunai dianggarkan sebanyak 70,000 euro (RM339,393).

Bagaimanapun, wanita itu dan suaminya menafikan bahawa dadah, senjata dan wang yang ditemui oleh polis adalah milik mereka serta menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam sindiket itu, walaupun polis telah menamakan mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang terlibat dalam mengimport dan mengedar dadah.

Manakala, 13 lagi suspek yang turut ditahan di dalam serbuan itu disyaki telah mendapatkan wang dari kegiatan haram yang dilakukan oleh sindiket itu di wilayah Trnava, Bratislava dan Trencin sejak 2012.

Penangkapan mereka dipercayai merupakan hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak polis sejak sekian lama dan mereka ‘kantoi’ kerana melakukan kesalahan semasa panggilan telefon yang dilakukan oleh polis.

Sumber: Daily Star

Leave a Reply

Your email address will not be published.