Semasa

Sempat 2 Minggu Bergelar Isteri, Pengantin Baru ‘Pergi’ Angkara Buatan Orang

Meskipun sudah sebulan melangsungkan perkahwinan, orang di luar sana masih tetap memanggil dengan gelaran pengantin baru. Apa lagi jika baru 2 minggu berkahwin, pasti masih lagi berbunga-bunga menyulam cinta dan sering sahaja diusik oleh sanak saudara serta ahli keluarga. Namun berbeza pula dengan kisah yang terjadi kepada sepasang suami isteri ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Baru sempat merasa alam rumah tangga selama 2 minggu..

Sedih untuk diungkapkan, berat jua hati meluahkan namun luluh untuk menulis khabar tentang seorang pengantin baru ini yang pergi bertemu Ilahi hanya 2 minggu selepas sah bergelar isteri. Sebelum itu, Allahyarhamah Zullini Akmal Alias sempat menghadiri majlis akad nikah, bersanding dan juga sambut menantu dengan wajah cukup ceria.

Menerusi beberapa perkongsian oleh rakan-rakan serta ahli keluarga, wanita tersebut difahamkan telah lama melalui fasa terkena buatan orang. Namun mereka tidak menyangka hayat Allahyarhamah berakhir kerana perkara itu. Pengantin baru berkenaan digambarkan sebagai seorang individu yang cukup baik dengan semua orang.

Sempat 2 Minggu Bergelar Isteri, Pengantin Baru 'Pergi' Angkara Buatan Orang 6

Sempat 2 Minggu Bergelar Isteri, Pengantin Baru 'Pergi' Angkara Buatan Orang 7

Sempat 2 Minggu Bergelar Isteri, Pengantin Baru 'Pergi' Angkara Buatan Orang 8

Sempat 2 Minggu Bergelar Isteri, Pengantin Baru 'Pergi' Angkara Buatan Orang 9

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama simpati mendengar kisah yang telah pun dikongsi berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang terkilan selain tidak menyangka masih ada lagi individu di luar sana yang mengamalkan perkara ditegah Islam hanya kerana hasad dengki.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: Tiktok nanahassan_, Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *