Semasa

‘Siapa Yang Dah Menyumpah Saya Lain Kali Selidik’ – Jovian Mandagie Perjelas Isu Mask Hauk & SIRIM

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai perakuan MS SIRIM mulai 1 Januari 2023.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kekecohan itu, nama usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie turut terpalit selepas menggunakan perkataan ‘hauk’ semasa mempromosi pelitup muka jenamanya, Jovian Mask.

Menerusi Instagram Stories, Jovian tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan ‘pelitup muka kualiti hauk di pasaran’ yang ditulis di akaun miliknya, baru-baru ini.

Jovian berkata telah berlaku salah faham kerana ayat itu ditujukan kepada peniaga yang menjual Jovian Mask tiruan.

Menyentuh isu SIRIM, Jovian yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan yang dikeluarkan itu bukan atas permintaan dirinya. Tegasnya, pelitup muka Jovian bukan jenama yang pertama yang memiliki cop SIRIM.

Isu SIRIM, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? Dari mana pula saya akan untung lebih? Dan saya boleh memberi jaminan kepada anda semua bahawa jenama saya bukanlah yang pertama memiliki cop SIRIM. Banyak jenama di luar yang dah ada cop SIRIM. Kita ni baru ja nak apply.

Kecewa dengan sikap netizen yang ‘sakan’ mencaci dan maki di bulan Ramadan, suami kepada Nina Ismail Sabri menekankan jenama Jovian sudah berada di pasaran selama 15 tahun dan kualiti produk yang membuatkan bisnes itu berjaya bertahan sehingga hari ini.

Ramadan bulan suci ini, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang bisnes saya. Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.

Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Namun begitu, saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Instagram @jmandagie

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.