Semasa

Tak puas hati dihon, pakcik berkopiah buat provokasi siap maki & tunjuk j4ri tengah. Akhirnya ni yg jadi

Tak kira muda ataupun tua, jika sudah membuat kekacauan di atas jalan raya sehingga mengganggu pemandu yang lain tetap dianggap satu jenayah.

Hal ini dialami sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yusri Othman apabila memuat naik satu luahan berkenaan tindakan seorang warga emas yang membuat provokasi keatasnya hanya disebabkan satu insiden kecil yang dipercayai berlaku di Melaka.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Macam gangster

Lagak pemandu warga emas yang berkopiah itu juga telah berjaya dirakam menggunakan dashcam kereta di pandu oleh Yusri.

Menurut kenyataan yang dibuat lelaki itu, pakcik tersebut berang setelah keretanya dihon kerana memandu terlalu perlahan sehingga memaksa kedua-dua pemandu berhenti untuk bergaduh.

Suasana menjadi lebih tegang apabila pakcik berkopiah  tersebut terus menimbulkan provokasi berbaur gangguan seksual terhadap isteri pengguna Facebook yang turut berada di dalam kereta bersama anak lelakinya berumur 10 tahun.

Provok dengan kata2lucah dan tunjuk jari tengah

Pihak polis sudah berurusan dengan pakcik tersebut

Setakat ini, pengguna Facebook itu sudahpun membuat laporan polis dan difahamkan pakcik tersebut sudah meminta maaf namun bukan kepadanya.

Menurut Yusri, pihak berkuasa memaklumkan yang pakcik terbabit telah diberi nasihat dan amaran melihat daripada tindakannya yang membuat provokasi melampau di atas jalan raya.

Masih tak mengaku salah

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Yusri di media sosialnya, pakcik berkopiah tersebut difahamkan sudah menghubungi adiknya dan masih tetap tidak mengaku salah diatas tindakan yang dilakukan.

Lebih mengejutkan, dia memberitahu pengguna Facebook itulah yang terlebih dahulu menghimpit keretanya dan mengatakan Yusri bertindak kurang ajar.

Tuduh himpit kereta, kurang ajar dengan orang tua

Jadi, bagi mempertahankan tuduhan tersebut, lelaki itu telah menyenaraikan beberapa jawapan diatas persoalan beberapa pihak bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Dia juga menyatakan yang mahu pakcik tersebut memohon maaf kepada anak serta isterinya kerana bersikap biadap dengan membuat provokasi lucah semasa pergaduhan tempoh hari.

Masih waras lagi tak balas provokasi pakcik tu

Walaupun ramai yang telah menasihatinya untuk mengambil tindakan undang-undang, namun dia masih berfikiran waras dan tidak mahu ia berlarutan. Akan tetapi, jika pakcik tersebut masih berkeras, dia akan membawa hal  ke peringkat seterusnya dan menyerahkan segala bukti kepada peguam.

Menjengah ke ruangan Facebook, ramai yang telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas berhubung penularan rakaman dashcam tersebut.

Esok2 tunjuk kad klinik lah tu

Rata-rata warganet menyokong tindakan lelaki itu yang masih bersabar dengan kerenah warga emas tersebut walaupun diasak dengan provokasi melampau.

Mereka juga menasihatkan agar Yusri mengambil tindakan yang lebih tegas supaya menjadi pengajaran buat mereka yang berlagak seperti gangster di atas jalan raya.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber Omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *