Semasa

Tiap Tahun Raya Belah Mentua, Isteri Makan Hati Raya Ke-5 Baru Balik Kampung Sendiri

Dalam berumahtangga, sikap toleransi dan bertolak ansur sangat penting dalam memastikan keharmonian perhubungan.

Janganlah pula mementingkan diri sendiri sehingga pasangan bersedih dan makan hati. Seperti kisah yang dikongsi seorang pengguna TikTok ini, rakannya setiap tahun perlu balik meraikan Aidilfitri bersama mentua.

Dia hanya pulang beraya bersama keluarga sendiri di hari raya kelima atau keenam. Ketika itu, adik beradik dan sanak saudaranya dah pulang untuk bekerja. Jadi memang susahlah nak berkumpul kan?

Pernah sekali pasangan itu beraya di kampung isteri tetapi hanya tidur untuk satu malam. Keesokan harinya suami dah ajak balik rumah mentua.

Katanya, pasangan itu sudah berbincang tetapi suami tetap pentingkan keluarga sendiri. Macam mana tu?

Di ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib yang melanda si isteri. Ada yang menasihati pasangan berkahwin supaya bertolak ansur dan berbincang dengan cara baik.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Kredit: TikTokĀ @irfan_imelda

Leave a Reply

Your email address will not be published.