Semasa

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Atas langkah keselamatan, terdapat pusat beli-belah meletakkan syarat di pintu utama dimana hanya pengunjung lengkap divaksinasi dibenarkan masuk dengan menunjukkan sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, tidak semua masyarakat patuh pada arahan tersebut malah segelintir bersikap kurang ajar apabila bertindak memasuki ke dalam pusat beli-belah walaupun dihalang oleh pengawal keselamatan.

Seorang pengguna laman Twitter, @runwitme memuat naik satu video mendakwa seorang pengunjung lelaki tidak mahu menunjukkan status vaksinasi dipercayai di salah sebuah cawangan IKEA di Lembah Klang pada Jumaat.

Menerusi rakaman berdurasi 14 saat itu, lelaki tersebut yang memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans biru serta bertopi dilihat dengan selamba memasuki pintu utama premis sekali gus melepasi kawalan keselamatan.

“A customer harassing @IKEA Malaysia security guard yesterday. He didn’t want to show his vaccination status and incessantly asked if the guard is fully vaccinated.  And then he walked in just like that… So rude,” tulis @runwitme.

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba meminta bukti status vaksinasi namun disoal semula oleh lelaki terbabit sekiranya dia sudah lengkap divaksinasi.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH:

“You ada vaksin? You full vaksin? Dah kan? Dah (minta diabaikan),” soal lelaki itu kepada pengawal keselamatan berkenaan.

Posting tersebut diulang kicau lebih 4,000 kali selain dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang meminta pihak polis mengesan lelaki terbabit sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Selain itu, terdapat juga segelintir individu menyifatkan lelaki tersebut berlagak samseng yang hanya berani berbuat demikian terhadap golongan pekerja bukan tempatan.

 

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Tular video lelaki berlagak samseng, tak mahu tunjuk sijil vaksin pada ‘pak guard’?

Bagaimanapun setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan IKEA mengenai kejadian membabitkan video tular berkenaan.

Sumber: Twitter @runwitme

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *