Semasa

Tular Video Sepak Penunggang Motosikal, Polis Kajang Buru Si Pelaku

Baru-baru ini, sempat tular rakaman video pendek berdurasi 58 saat menujukkan seorang lelaki yang bertindak menendang penunggang motosikal, dipercayai berlaku di Bandar Teknologi, Kajang.

Dalam rakaman tersebut, lelaki yang merupakan pemandu sebuah kereta dilihat seakan-akan menyekat laluan penunggang motosikal berkenaan sebelum keluar dari kereta dan bertindak kasar terhadap penunggang tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat berkait insiden berkenaan. Pun begitu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti pelaku dan mangsa.

“Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut.

“Bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian ini oleh mana-mana pihak atau individu.

“Satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes ini,” kata Mohd Zaid memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Ali Hamzah di talian 019-8660324 bagi membantu siasatan.

KOMEN NETIZEN:

 

 

 

 

 

 

 

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *