Semasa

(Video) 25 Tahun Berlalu, Steve Dari Blue’s Clues Kembali Sapa Peminat, Dedah Kenapa ‘Menghilang’ Sebelum Ini

Selain bermain bersama kawan-kawan, menonton rancangan televisyen juga menjadi memori zaman kanak-kanak yang tidak akan pernah dilupakan terutama bagi  yang lahir pada tahun 90-an.

Ketika itu, terdapat banyak rancangan tempatan dan luar negara yang menarik sehingga terkadang membuatkan kita semua tidak mahu ke sekolah kerana tidak ingin terlepas menonton rancangan kegemaran.

Walaupun ada di antaranya yang sudah tidak ditayangkan lagi namun ia tetap terus diingati sehingga kini.

Salah satu rancangan popular yang menjadi perhatian sehingga kini adalah Blue’s Clues yang memaparkan seekor anjing berwarna biru bersama ‘pemiliknya’.

Sejak awal ditayangkan, hos rancangan yang diterbitkan oleh Nick Jr itu sering bergilih ganti namun yang paling diingati adalah Steve Burns. Dengan memakai baju kemeja belang hijau, karisma Steve dalam mengendalikan rancangan itu memukau kanak-kanak untuk terus tertancap di depan TV.

Steve telah mengumumkan untuk meninggalkan rancangan itu pada tahun 2002 dan telah memperkenalkan ‘saudaranya’, Joe yang bakal mengambil alih tempatnya dalam mencari klu.

(Video) 25 Tahun Berlalu, Steve Dari Blue’s Clues Kembali Sapa Peminat, Dedah Kenapa ‘Menghilang’ Sebelum Ini

Selepas 25 tahun berlalu, Steve kini kembali memberi khabar mengenai dirinya dalam satu video yang dimuatnaik oleh Nick Jr. di Twitter.

Steve dilihat memakai baju ikoniknya dan menerangkan apa yang berlaku setelah dia ‘menaiki bas dan keluar dari bandar’ suatu ketika dahulu.

“Masih ingat waktu kita muda dahulu dan sering ‘melepak’ bersama Blue untuk mencari klu serta berseronok?

“Dan pada satu hari saya tiba-tiba ‘menaiki bas’ dan meninggalkan rancangan itu.

“Saya sedar ia sememangnya sangat mendadak, selepas itu saya bangun dari tidur dan pergi ke kolej. Ia sesuatu yang  mencabar tetapi sangat menakjubkan dan kini saya telah melakukan banyak perkara yang saya ingin lakukan,” katanya.

(Video) 25 Tahun Berlalu, Steve Dari Blue’s Clues Kembali Sapa Peminat, Dedah Kenapa ‘Menghilang’ Sebelum Ini

Dia juga memberikan kata-kata semangat buat peminat rancangan itu yang kini sudah mempunyai kehidupan sendiri.

“Lihat apa yang telah dicapai oleh kamu semua selama ini, ia menakjubkan bukan? Kita semua bermula dengan mencari klu dan kini kita semua ada tanggungjawab sendiri seperti pinjaman belajar, kerjaya dan juga keluarga.

“Saya cuma ingin mengatakan bahawa selama ini saya tidak pernah melupakan kamu semua dan saya bersyukur kerana kita masih lagi ‘berkawan’,” katanya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 14.8 juta tontonan. Netizen dari seluruh dunia meluahkan rasa sebak melihat video itu dan menghargai kata-kata semangat dari Steve.

Sumber: Nick JrCnet.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.