Semasa

(Video) Bayi ‘Ajaib’ Terselamat, Bumbung Runtuh Dihempap Pokok Ketika Sedang Tidur

Seorang bayi berusia lima bulan terkena serpihan pokok yang jatuh melalui runtuhan bumbung di tempat tidurnya, dalam kejadian yang berlaku di Prairieville, Louisiana, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Detik mencemaskan itu berjaya dirakam melalui monitor bayi yang dipasang bersebelahan dengan katil bayi tersebut.

Menurut Daily Star, ketika kejadian berlaku, Courtney dan Kale Buchholtz yang merupakan ibu bapa kepada bayi yang dikenali sebagai Cannon itu sedang berada di ruang tamu.

Sejurus mendengar bunyi hentaman yang kuat, mereka terus berlari ke arah bilik Cannon bagi menyelamatkannya.

Rakaman yang dikongsi di Facebook itu menunjukkan Cannon sedang nyenyak tidur di katil ketika serpihan pokok itu memecahkan bumbung dan jatuh ke dalam bilik tidurnya.

Cannon lantas menangis apabila terkena serpihan bumbung berkenaan, namun keajaiban berlaku apabila dia sangat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berlari mendapatkan bayi saya yang terkena serpihan pokok merupakan salah satu perkara paling menakutkan yang pernah saya alami,” tulis Courtney di Facebook ketika berkongsi kisah yang menimpa bayi mereka.

 

Difahamkan, keluarga itu kini  berada di rumah ahli keluarga yang lain sementara menunggu rumah mereka siap untuk dibaiki.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: Daily Star

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.