Majlis pernikahan sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat pasangan pengantin. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita apabila telah disunting oleh jejaka yang sudi mengambilnya sebagai suri hati sepanjang hayat.
RAKAMAN VIDEO 1-3 DI BAWAH SEKALI
Namun, berbeza dengan seorang pengguna TikTok menggunakan nama akaun @sulongnakal90_ apabila hari tersebut menjadi hari yang paling sedih dan memalukan untuknya apabila bakal suami tiba-tiba hilang menjelang pernikahan mereka.
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat yang segala persiapan seperti hantaran dan baju nikah sudah tersedia dan hanya menunggu detik disatukan sahaja.
Gadis tersebut juga sempat membuat live semasa majlis berinai dan cuba menghubungi lelaki berkenaan berulang-ulang kali, namun usahanya hampa kerana langsung tidak berangkat.
Penguna TikTok dikenali sebagai @akakcantikkk turut memuat naik video gadis menggunakan nama akaun @sulongnakal09_ itu lengkap memakai pakaian nikah namun menangis mengenangkan bakal suami yang tidak hadir pada majlis nikah mereka.
Walau bagaimanapun, gadis itu redha dengan apa yang berlaku walaupun sedih. Dia juga mengakui akan menerima lelaki itu pada masa akan datang jika masih ada jodoh diantara mereka.
Netizen turut mendoakan gadis tersebut
sabar sis, semoga awak jumpa lelaki yg ikhlas
Ada yang turut kongsi pengalaman sama
Video di bawah sekali
Warganet turut mendoakan agar beliau terus tabah mengharungi ujian ini.
Selain itu ada juga yang beranggapan video ini hanyalah content semata.
Video 1 : Kenal dari 2019, ingin membina rumah tangga, terima kasih utk segalanya dan keputusan hari ini
Video II : siap berbaju pengantin, semoga awak kuat
Video asal KLIK SINI
Video III : Org yg tengok live mu pun boleh ngalir airmata
Video asal KLIK SINI
Apa pula pandangan anda?
Sumber tiktok sulongnakal90, OMM