Semasa

(Video) Detik-detik Lubang Besar ‘Telan’ Kereta Di China, Satu-persatu Jatuh Terus ‘Lesap’

Menakutkan, beberapa kenderaan di sebuah tempat parkir di China dilaporkan telah ‘ditelan‘ lubang besar secara tiba-tiba.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post, kereta milik orang awam dilihat pada awalnya ‘tergantung’ di tepian sebelum jatuh satu persatu di dalam lubang besar itu. Difahamkan, keadaan itu berlaku selepas hujan yang lebat melanda di wilayah Shanxi.

Lubang itu juga dipenuhi dengan air hujan yang turut mengalir di kawasan bangunan kediaman yang berdekatan dan menyebabkan satu tiang lampu terjatuh.

Sementara itu, lebih 10,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan itu agar dapat mengelak dari perkara yang tidak diingini.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

 

 

 

 

 

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Bagaimana, setakat ini tiada laporan mengenai sebarang kecederaan atau kematian yang berpunca dari kejadian itu.

Sumber: South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published.