Semasa

(Video) Dipercayai Kerana Terlalu Marah, Pnduduk Bkar Pencuri Motosikal Hidup-hidup

Seorang lelaki dilaporkan telah ditangkap oleh penduduk setempat kerana disyaki mencuri motosikal di Desa Duwek Buter, Desa Rabasan, Kabupaten Bangkaian, Indonesia.

Kerana geram dengan aktiviti jenayah yang dilakukannya, penduduk setempat dilaporkan telah membelasah lelaki itu beramai-ramai.

Tak hanya itu, lelaki yang disyaki mencuri motosikal tersebut dilaporkan turut dibakar sehingga mati oleh penduduk.

Memetik laporan Kompas.com, insiden itu berlaku ketika ketua kampung dan pihak polis tiada di lokasi, ekoran daripada itu, keadaan menjadi huru-hara sehingga tidak terkawal.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Abdur Rahman, kejadian kecurian motor itu terjadi pada sekitar pukul 2 petang waktu tempatan.

Pada ketika itu, suspek telah dikejar oleh penduduk hingga berjaya ditangkap sekitar pukul 4 petang.

Setelah ditangkap, semakin ramai orang yang turut serta membelasah suspek sehingga dia akhirnya diseret ke sebuah kawasan tanah kosong dan dibakar hidup-hidup.

“Mungkin kemarahan orang ramai telah memuncak sehingga tidak dapat dikawal,” kata Rahman.

Abdur Rahman menyatakan bahawa sebahagian masyarakat cuba menghalang tindakan itu kerana terlihat suspek sudah tidak berdaya.

Mereka juga berusaha untuk menghubungi ketua kampung.

“Untuk menghindari semakin ramai penduduk yang marah, ada sebahagian penduduk yang menghubungi ketua kampung agar dapat mengawal keadaan,” terangnya.

Namun begitu, nombor ketua kampung difahamkan tidak aktif.

Kini pasukan doktor di Hospital Bangkalan sedang melakukan bedah siasat ke atas mayat yang disyaki pencuri.

Selain dari itu, pihak polis juga dilaporkan sudah meminta keterangan penduduk yang menyaksikan insiden tersebut.

 

Sumber: Tribun_Video.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *