Semasa

[VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi

Telatah anak di rumah memang kadang-kadang boleh memeningkan kepala tetapi bila mereka tiada di rumah rasa sunyi dan rindu pula. Betul tak?

Hal ini boleh disamakan dengan perkongsian video seorang ibu di laman TikTok yang pening kepala dan terkejut dengan tindakan anak perempuanya itu. Kenapa pula tu? Alamak!

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

 

Apabila ditanya siapa yang melakukan perkara itu, anak perempuannya tidak keruan kerana takut akan dimarahi oleh ibunya atau dikenakan hukuman.

Masuk bilik anak-anak sekali tengok keyboard cantik bersusun A sampai Z. Berpuzzle la mama pagi buta,” jelasnya.

Perkongsian video tersebut menerima 477,400 tontonan dan sudah tentunya tindakan anak-anak wanita itu dianggap panjang akal serta turut terhibur melihat telatah mereka yang begitu gigih menyusun huruf seperti yang diajar di sekolah.

[VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi

[VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi

[VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Adoi, macam-macam gelagat ya anak-anak ni. Bila dah meningkat dewasa barulah rasa rindu dengan telatah bijak mereka ini. Sebak!

Sumber: TikTok YunnHuda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *