Semasa

(Video) Ibu tampar muka bayinya berkali-kali kerana mahu suaminya pulang ke rumah

Seorang wanita di Hengyang, Hunan, China, mencetuskan kemarahan orang ramai selepas memuat naik video dirinya menampar bayinya beberapa kali kerana mahu menarik perhatian suaminya.

Video yang dimuat naik sejak 5 Januari lalu telah ditonton lebih 16 juta kali.Berdasarkan video tersebut menunjukkan si ibu menampar muka mangsa tanpa henti.

Walaupun mangsa menangis kesakitan, si ibu enggan peduli dan tetap meneruskan perbuatan kejamnya itu.Dia kemudian cuba menekup muka mangsa dengan tangannya untuk menghentikan mangsa daripada terus menangis.

Polis yang menerima panggilan dari netizen yang melaporkan kejadian itu kemudian segera melakukan siasatan dan berjaya mengesan lokasi kediaman suspek.

 

(Video) Ibu tampar muka bayinya berkali-kali kerana mahu suaminya pulang ke rumah

 

(Video) Ibu tampar muka bayinya berkali-kali kerana mahu suaminya pulang ke rumah

 

Siasatan awal mendapati, Qin Weimou, 22, berbuat demikian kerana mahu memaksa suaminya pulang ke rumah. Dia berasa sunyi apabila suaminya jarang berada di rumah dan kesunyian itu mendorong dia bertindak mencederakan bayinya sendiri.

Meskipun ramai yang mengecam tindakannya itu, tidak kurang juga yang bersimpati dengan wanita itu di mana netizen percayai si ibu berkenaan mengalami postnatal depression atau meroyan.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

 

(Video) Ibu tampar muka bayinya berkali-kali kerana mahu suaminya pulang ke rumah

 

Suspek direman selama lima hari untuk siasatan. Manakala mangsa kini selamat dan dijaga oleh neneknya.Sumber: Sina Entertainment

Leave a Reply

Your email address will not be published.