Seorang gadis di China mengalami kecederaan selepas kepalanya tersangkut di antara eskalator dan dinding berhampiran mesin itu, lapor Nextshark.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga kanan akibat kejadian itu.
Berdasarkan gambar yang viral di media sosial, mangsa dilihat menahan kecederaan di bahagian kanan kepalanya.
VIDEO DI BAWAH:
Selepas kejadian itu, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tidak dimaklumkan sama ada dia dihantar ke hospital untuk menerima rawatan