Semasa

(Video) Padah Halang Lembu, Seorang Nenek Tua ‘Dilambung’ Sehingga Berpusing Sebelum Jatuh

Pernahkah anda bayangkan sekiranya anda disondol atau ditanduk oleh seekor lembu yang besar dan menyeramkan? Pastinya sakit dan mungkin boleh mengakibatkan kepatahan mana-mana tulang pada bahagian badan kita. Kita juga mungkin akan trauma dengan mana-mana lembu yang kita akan jumpa selepas ini.

Satu video tular menunjukkan seorang nenek tua telah ditanduk dan dilambung tinggi oleh seekor lembu sehingga terpelanting. Berdasarkan video tersebut, nenek tua itu dilihat baru sahaja bangun daripada duduk setelah berehat. Dia sepertinya mahu pergi ke sesuatu tempat yang baharu setelah berganjak daripada tempat duduknya.

Dengan keadaan nenek itu terbongkok-bongkok dan bertongkat semasa berjalan, datang seekor lembu menghampirinya. Lembu tersebut berbadan besar, berwarna hitam dan memiliki tanduk yang panjang. Mungkin kerana terkejut melihat lembu tersebut semakin mendekatinya, nenek itu seperti memukul lembu tersebut dengan menggunakan tongkat yang digunakannya untuk berjalan. Dia juga kelihatan seperti mahu menghalau lembu itu daripada terus mengekorinya pergi ke tempat yang dituju.

Tambah mengejutkan, tindakannya itu membuatkan haiwan tersebut tiba-tiba menanduk orang tua itu sehingga terpelanting dengan agak tinggi sebelum terjatuh ke tanah. Selendang yang dipakainya juga terbuka dan tersangkut di bahagian tanduk lembu itu.

Kejadian yang tidak tahu keberadaanya itu sangatlah mengerikan. Apalagi seorang nenek tua yang sudah bertongkat menjadi mangsa tanduk lembu tersebut. Bagaimanalah keadaan nenek itu pada masa kini. Semoga masih diberikan kesihatan dan dipanjangkan umurnya.

KOMEN NETIZEN:

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Twitter @anthraxxx781

Leave a Reply

Your email address will not be published.