Semasa

(VIDEO) ‘Pancing bulan tak turun-turun gamaknya’ – Lelaki hidu g4m panjat jambatan setinggi 6 meter

Seorang lelaki yang dipercayai khayal selepas menghidu gam bertindak memanjat jambatan setinggi enam meter menggemparkan orang awam di Beaufort, Sabah, tempoh hari.

Lapor Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu disedari oleh sepasukan polis yang sedang menjalankan operasi Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, anggotanya berusaha memujuk lelaki berusia 20 tahun itu turun tetapi tidak diendahkan. Keadaan itu memaksa pihaknya terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk datang membantu.

Lelaki itu kemudian berjaya dibawa turun dan terus dibawa ke Balai Polis Beaufort untuk proses dokumentasi. Pemeriksaan pada badan dan beg sandang lelaki itu membawa kepada penemuan plastik dan satu tin gam. Suspek terus ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.