Semasa

(Video) “This Is Common Sense Kan T4n Sri?”- Mangsa Kesal Keraja@n ‘Tiada’ Sewaktu Kritikal

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Sebuah video yang dirakam di sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor telah tular apabila ada seorang mangsa banjir di Taman Sri Nanding berani meluahkan perasaannya dan pengalaman banjir yang dihadapinya kepada Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kenapa agensi kerajaan datang pada pagi semasa air sudah surut. Semasa keadaan kritikal, air dah sampai tahap bumbung rumah, tak ada sebarang agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan hanya menghantar tiga bot di kawasan Hulu Langat.

Sudah tentulah tan sri, tiga bot tak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat.

“This is common sense, kan tan sri?”

Warga asing yang datang bantu sewaktu kritikal

Wanita ini juga memberitahu, hanya warga asing, iaitu tiga rakyat Indonesia yang datang membantu mereka dengan mendayung sampan untuk menyelamatkan anak salah seorang penduduk di taman perumahan tersebut yang terperangkap atas bumbung rumah.

Itu yang datang menolong kami, rakya asing. Di mana agensi kerajaan waktu itu?

Menerusi video yang tersebar itu, ramai netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut kerana berani meluahkan perasaannya kepada menteri tersebut.

Semoga kerajaan akan lebih peka dengan keadaan rakyat di negara ini pada masa akan datang. Sesungguhnya, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan makmur.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Kredit: Instagram

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *