Semasa

(VIDEO)Membawa Padah Wanita Tersangkut Tak Dapat Keluar Dari Buaian Budak

Padah Bermain Di Buaian Kanak-kanak, Wanita Tersangkut Tak Dapat Keluar. Kejadian ini pastinya akan menjadi salah satu detik paling memalukan buat ibu ini apabila dia terpaksa diselamatkan oleh sekumpulan anggota penyelamat kerana tersekat pada permainan buaian kanak-kanak.Ibu muda bernama Megan Kenway-Head yang berusia 23 tahun ini telah tersekat pada tempat duduk buaian kanak-kanak di taman permainan di Weston Shore, Southampton, England.

“Saya dan keluarga sedang menikmati hari cuti dan memutuskan untuk membawa anak-anak ke taman,” kata ibu kepada dua orang anak ini.Bagaimanapun, hari cuti yang sepatutnya menjadi hari menyeronokkan telah bertukar tragedi apabila Megan tersekat pada buaian yang dinaikinya selama hampir (VIDEO)Membawa Padah Wanita Tersangkut Tak Dapat Keluar Dari Buaian Budaksatu jam sebelum ketibaan anggota penyelamat.

Apabila kami sampai di sana, anak-anak tidak begitu berminat jadi saya cuba untuk membuatkan mereka berseronok dengan menaiki buaian itu. Tindakan itu membuatkan mereka teruja dan mula duduk di buaian sebelah dan kami mula bergembira bersama-sama”.Namun, apabila Megan cuba untuk bangun dan keluar dari buaian tersebut, dia mendapati ianya agak sukar dan mustahil untuk dilakukan. Megan turut meminta bantuan dari pasangannya, Jordan Sanders namun tidak menemui sebarang jalan penyelesaian.

(VIDEO)Membawa Padah Wanita Tersangkut Tak Dapat Keluar Dari Buaian Budak

Jordan turut meminta bantuan daripada individu lain yang berada di taman berkenaan untuk mengeluarkan Megan namun tetap gagal.“Dua lelaki dewasa cuba mengeluarkan saya namun tidak berjaya. Mereka turut menterbalikkan saya tetapi gagal. Kami akhirnya putuskan untuk meminta bantuan daripada anggota penyelamat”.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

(VIDEO)Membawa Padah Wanita Tersangkut Tak Dapat Keluar Dari Buaian Budak

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Jordan dan mereka kelihatan sangat berseronok sambil mentertawakan Megan. Jordan turut mengusik Megan yang sedang dibantu oleh anggota penyelamat pada ketika itu.Megan bagaimanapun tidak menganggap kejadian itu sebagai menghina malah dia turut terhibur dengannya.

SUMBER:Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published.