Semasa

Video: “Seram nk Dengar” Budak TikTok Nyanyi Suara ‘Kelaut’ Tapi 1 juta Tontonan Dlm 4 Hari

Mungkin selera muzik pendengar muda masa kini sudah berubah. Suara merdu atau tidak bukan lagi persoalannya.

Bahkan lirik yang bagus juga bukan pilihan utama pendengar.

Hal ini membuatkan mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial mudah untuk meraih populariti dengan ‘menjual’ bakat walaupun bukan ditahap yang memuaskan.

Hal ini samalah seperti lagu dendangan seorang penyanyi baru dikenali sebagai Suekhaizhar.

Ini apabila muzik video lirik lagu pertamanya bertajuk Aku Budak Girl meraih satu juta tontonan walaupun baru 4 hari sahaja ditayangkan.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah jumlah dislikes lebih banyak berbanding jumlah penonton yang menyukai lagu berkenaan.

Kebanyakkan netizen menyatakan rasa kurang senang dengan suara Suekhaizhar yang agak ‘kelaut’.

Video:

Sampai hati ada orang buat lagu macam ni

Rata-rata komen yang diterima diruangan YouTube Zym Music ini juga kelihatannya lebih banyak negatif berbanding positif selepas mendengar suara nyanyian gadis itu.

Sebahagian daripada netizen mengatakan bahawa lagu tersebut seakan merosakkan industri muzik Tanah Air dan tiada kualiti.

Kebanyakkan yang menonton juga sekadar ingin tahu mengapa lagu ini viral sehingga memperoleh jutaan viewers dalam masa 4 hari sahaja.

Video: Video: Video: Video: Video:

Nak hancurkan industri muzik ke?

Video: Video: Video: Video: Video:

Memang tak ada bakat langsung

Video: Video: Video: Video: Video:

Musnah generasi muzik Malaysia

Video: Video: Video: Video: Video:

Selebriti media sosial itu dikenali sebagai Suekhaizhar dan mempunyai 1.3 juta pengikut di aplikasi TikTok.

Baru berusia 17 tahun, gadis ini telah mengeluarkan single pertamanya bertajuk Aku Budak Girl.

Setakat ini, video lirik lagu tersebut telah memperoleh satu juta tontonan di YouTube.

Namun dia telah mendapat 80 ribu dislikes dan hanya separuh daripada itu yang menyukai lagu tersebut.

Video:

Sumber: Zym Music

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *